Wednesday, February 15, 2012

Can-Am spyder?? tiga roda??

assalamualaikum dan selamat pagi malaysia...

hari ni roti kulat datang lagi dengan entry yg agak lari sikit dari norma-norma kebiasaan aku iaitu memasak..dah bosan asyik2 memasak je..arini aku nak jadi lelaki sikit sebab entry aku pasal kenderaan..keh3..
mesti korang pernah dengar kan pasal kenderaan beroda tiga ni..dan aku percaya dan pasti bagi orang kita yang mempunyai pemikiran stereotype ni, korang pasti membayangkan kenderaan beroda tiga ni macam ni..........




x pun kalau korang peminat mr.beans mesti korang terbayangkan kereta awek die yang color biru dan x stabil tu..aku pun dulu minat gak ngan mr.bean ni,kesian tngok kereta robin kaler biru tu asyik kena buli ngan kereta mini mr.bean..

seyes cakap aku mmg x boleh blah tngok kete robin biru tu,,nak tergelak je..x boleh bayang camne la die nak balance kiri ngan kanan tu..aku bayang kalau aku yg bawak mesti senget sebelah je,,hahaha...tp bukan pasal kete mr.bean n basikal roda tiga tu aku nak crita..ni aku nak kongsi skit tentang kenderaan roda tiga terbaru yang lagi cangih,lagi advance yg baru je masuk pasaran Malaysia....CECITE-CECITE.....

CAN-AM SPIDER ROADTERS....

Tu dia..dia dah mai dahhh..terpana jugak la 1st time aku tngok..kompom xkan jatuh kalau ambik lap..sekali tngok macam ATV pun ada..tp mmg Can-Am tu sebenarnya syarikat pengeluar ATV dan go-kart. Sebenarnya benda alah ni dah dah diperkenalkan sejak Februari 2007 lagi di Amerika(amarika muuu)..Benda alah ni terus jadi femes lepas tu lagi2 lepas diorang guna benda alah ni dalam filem G.I JOE dan Transformer II.

Apepun terima kasih la pada USF-HICOM iaitu anak syarikat milik penuh DRB-HICOM sebab telah membawa masuk benda alah ni keMalaysia dan menyebabkan ramai mat2 rempit malaysia termasuk la aku memeleh ayaq liur tengok benda canggih ni..USF-HICOM telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan hak pemasangan can pengedaran Can-Am Roadster di Malaysia dengan harapan harganya dapat dikurangkan sedikit tapi masih lagi ditahap nganga mulut bagi orang kita..


seterusnya,untuk pengetahuan korang dan mat2 rempit diluar sana, moto ni korang x boleh nak buat coner baring cecah telinga macam moto kapcai korang tu..laju camne pun korang bawak kat selekoh, camtu je la,lutut x kan cecah tanah, telinga x kan calar gesel ngan jalan raya..jadi aku cadangkan lupakan niat korang nak beli moto ni..keh3..

Tapi yang paling best moto ni stabil gile(macam la aku pernah test drive)sbb ada sistem kestabilan kenderaan (VSS)yang canggih siap ada brek anti kekunci (ABS) serta sistem kawalan cengkaman dan kestabilan(proton saga korang pun x de).untuk memudahkan pengendalian diatas jalan raya,ia didatangkan dengan stereng kuasa atau bahasa sedapnye power steering..keh3..

lagi gambar tuk buar ayaq liur meleleh...


Dari segi power lak camne??Power macam Power Rangers ke benda ni???
kalau korang nak tau benda ni dipasang dengan enjin V-Twin 998cc dengan sistem penyejukan cecair keluaran syrikat ROTAX yang berpangkalan di AUSRIA..x power lg ke??? 998cc tu..dan kalau korang nak tau,enjin ROTAX ni jugak la yang dipasang dalam superbike2 keluaran BMW, Aprillia dan Buel yang korang dok bangga-bangakan tu..jadi bagi aku mmg power la..lagi power dari perodua VIVA korang tu..keh2..


Enjin dengan kotak gear 5 kelajuan tu boleh menghamburkan kuasa sehingga 106hp @ 8,600rpm dengan tork maksimum 104Nm @ 6,250rpm.perghhh..power siot..selambe je die tarik badan besar gabak die tu atas jalan...lupa lak,lg satu yang paling best korang x payah susah2 terkedek2 guna kaki cam superbike lain untuk undur kalau terlajak jalan,sebab benda ni didatangkan dengan gear mengundur..jadi sama la macam kereta..senang keje.


Nak beli ke?????cam biasa la sebab moto ni dikelaskan dalam kategori morosikal berkuasa tinggi jadi korang paham2 la macamana roadtax dan insuran untuk superbike di Malaysia...insurannye bermula dari RM2900 sehingga RM4500. pehhh..telan ayaq liur lagi..
Harganya yang ditawarkan diMalaysia plak antara RM103,860 sehingga RM159,350..ish2..dah boleh beli inpira sebijik..hujan pun x basah..2.0 plak tu..papepun bergantung pada minat dan kemampuan masing2..hehehe..


okes sekian dulu untuk entry kali ni...aku rasa korang pun dah meleleh2 ayaq liur nak beli sebiji.so pandai2 la korang korek duit tabung korang tuk beli benda ni..

jumpe lagi di entry yang seterusnya..jangan risau, roti kulat tetap roti kulat, x kan jadi roti burger...cau cin cau...

p/s:Nurul Ruzzainie lagi suka CCH

1 comment:

  1. ha3....laju lg cch....empuk lak 2....uhhhhhhhh sedak nek LC ag...kikikiki=P

    ReplyDelete